PODCAST SPORTS ADDICT

PODCAST SPORTS ADDICT

by naim azuan
Season 5
PODCAST S5E6 - Dari Obese, Heavy Smoker ke Hampir Sub-3 Marathon — Kisah AlongFix
PODCAST S5E6 - Dari Obese, Heavy Smoker ke Hampir Sub-3 Marathon — Kisah AlongFix Dalam episod kali ini, AlongFix berkongsi perjalanan transformasinya daripada seorang yang pernah obes dan heavy smoker kepada marathon runner yang kini mengejar impian sub-3 jam. Beliau juga berkongsi pengalaman menamatkan Gold Coast Marathon di Australia dengan catatan 3 jam 1 minit, serta pengajaran dan cabaran di sebalik perjalanan tersebut.
PODCAST S5E5 - Everything You Need To Know About Sofian Nabil (Nabilly)
PODCAST S5E5 - Everything You Need To Know About Sofian Nabil (Nabilly) Dalam episod kali ini, kami bersama Sofian Nabil Omar, atau lebih dikenali sebagai Nabilly. Dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam dunia berbasikal, beliau berkongsi perjalanan kariernya daripada pelumba muda sehingga menjadi antara nama yang dikenali dalam scene cycling Malaysia. Nabilly turut berkongsi pengalaman 6 kali menyertai Le Tour de Langkawi, pengalaman menaiki podium, cabaran berlumba di peringkat tertinggi, serta pengorbanan dan jatuh bangun sepanjang perjalanan beliau dalam dunia cycling.
PODCAST S5E4 - The Untold Story of Awi G's Muay Thai Journey
PODCAST S5E4 - The Untold Story of Awi G's Muay Thai Journey Dalam episod kali ini, kami bersembang bersama Awi G, pemilik CTR 313 Muay Thai Gym, dua kali Juara Kebangsaan Muay Thai, dan individu yang mempunyai lebih 16 tahun pengalaman dalam dunia Muay Thai. Beliau berkongsi bagaimana perjalanan beliau bermula dalam sukan ini, cabaran yang ditempuhi sebagai atlet dan jurulatih, serta pandangan beliau mengenai perkembangan dan masa depan Muay Thai di Malaysia. Kalau anda peminat combat sports atau ingin mendengar kisah di sebalik dunia Muay Thai, jangan lepaskan episod ini!
PODCAST S5E3 - Lari dan Agama Seiring? Bolehkah Running Menjadi Ibadah
PODCAST S5E3 - Lari dan Agama Seiring? Bolehkah Running Menjadi Ibadah Dalam episod minggu ini, kami bersama Ustaz Faeez Harith membincangkan bagaimana dunia running dan agama boleh bergerak seiring. Adakah menjaga kesihatan dan bersukan juga satu bentuk ibadah? Bagaimana masjid boleh menjadi pusat pembinaan komuniti yang aktif dan sihat? Serta apakah pandangan Islam tentang gaya hidup sihat dan menjaga tubuh badan sebagai satu amanah. Saksikan perbincangan santai yang penuh dengan ilmu dan perspektif menarik dalam episod terbaru Sports Addict Podcast.
PODCAST S5E2 - 24 Jam running Tanpa Berhenti: Kisah Faz Run Far Di Jepun
PODCAST S5E2 - 24 Jam running Tanpa Berhenti: Kisah Faz Run Far Di Jepun Minggu ini di Sports Addict Podcast, kami bersama Mohd Fazlie atau Faz Run Far, ultra runner Malaysia yang baru sahaja mewakili negara di Oceania 24 Hour Ultra Running Championship di Jepun. Faz berkongsi pengalaman berlari selama 24 jam, rahsia konsisten berlatih 150–200KM seminggu, serta perjalanan beliau menjadi pemegang rekod Malaysia bagi kategori 100 Mile dan 200KM. Kalau anda nak tahu apa yang diperlukan untuk pergi lebih jauh, lebih lama, dan kekal konsisten dalam sukan endurance, episode ini memang untuk anda.
PODCAST S5E1 - Ni Jia's Journey: From Unemployment to SEA Games
PODCAST S5E1 - Ni Jia's Journey: From Unemployment to SEA Games 🎙️ Sports Addict Podcast is back untuk Season 5! Untuk episod kali ini, kami borak dengan Yeow Ni Jia tentang perjalanan beliau dalam dunia larian, daripada seorang runner biasa hinggalah berjaya dipilih mewakili Malaysia ke SEA Games. Macam mana nak balance kerja hakiki, training, kehidupan harian dan dalam masa yang sama mengejar impian sebagai atlet negara? Ni Jia kongsi semuanya termasuk cabaran, pengorbanan dan beberapa detik sukar yang ramai tak nampak di sebalik pencapaiannya.
Season 4
PODCAST SE - 90 Years of Suunto: Teknologi, Sejarah & Exclusive Giveaway
PODCAST SE - 90 Years of Suunto: Teknologi, Sejarah & Exclusive Giveaway Dalam special episode kali ini, kami bersama Izmal dari Suunto Malaysia berkongsi tentang Suunto Vertical 2 90th Anniversary Edition, termasuk sejarah Suunto dan perjalanan jenama ini dalam dunia jam outdoor. Turut bersama Afendi Othman, tech reviewer yang berkongsi tentang teknologi terbaru Suunto dan kenapa sistem navigasi Suunto antara yang terbaik. Menariknya, akan ada giveaway khas dari Suunto Malaysia di mana jam ini akan diberikan kepada yang bertuah. Jangan lupa check semua platform social media Suunto Malaysia untuk info lanjut.
PODCAST S4E26 - From Underdog to Champion 52km Interview Amin, UiTM Ultra 2026
PODCAST S4E26 - From Underdog to Champion 52km Interview Amin, UiTM Ultra 2026 Episode kali ini bersama Amin Takeshi, juara 52KM Men Open UiTM Ultra 2026.Pada usia 25 tahun, Amin mencatat masa yang sangat pantas , bangkit dari tempat ke-11 edisi lepas untuk revenge sebagai champion. Kami juga berdiskusi secara positif tentang isu panas apabila beliau tidak di-interview selepas kemenangan, serta pandangan Amin sebagai atlet muda dalam dunia ultra running. Amin turut berkongsi tips, strategi dan mindset ultra running. Ini merupakan episode terakhir untuk season kali ini. Kami di Sports Addict Podcast akan kembali dengan season & episode baharu. Terima kasih kepada semua yang terus menyokong 🙏 Jika anda ada cadangan tetamu untuk kami jemput, tuliskan di ruang komen.
PODCAST S4E25 - Jangan Overtrain Awal Tahun! Tips Training Plan Yang Tak Membebankan
PODCAST S4E25 - Jangan Overtrain Awal Tahun! Tips Training Plan Yang Tak Membebankan Episode kali ini, kami bersama Coach Hakim berkongsi tentang azam baru dan running goals dari awal tahun, cara set target yang realistik, method training untuk persediaan main race, serta tips bina training plan yang tak membebankan, khas untuk beginner dan runners yang sibuk. Fokus pada consistency, bukan overtraining.
PODCAST S4E24 - Projek Hijo: Menaikkan Level Trail Running Malaysia
PODCAST S4E24 - Projek Hijo: Menaikkan Level Trail Running Malaysia Dalam episode kali ini, kami bersama Tarmizi Abdullah, Race Director Projek Hijo, dan Fareez, elite trail running athlete, berkongsi cerita di sebalik event-event trail running anjuran Projek Hijo, termasuk trail running series dan endurance events. Mereka membincangkan bagaimana dan kenapa trail running di Malaysia perlu dinaikkan ke tahap seterusnya , bukan sahaja dari segi kualiti event, tetapi juga pembangunan atlet, peranan media dan ekosistem trail running secara keseluruhan.
1 of 10