PODCAST SPORTS ADDICT

PODCAST SPORTS ADDICT

por naim azuan
Temporada 5
PODCAST S5E13 - "Tiada Pengganti Dato’ Azizulhasni Awang, John Beasley Ada Kunci!" - Shah Firdaus
PODCAST S5E13 - "Tiada Pengganti Dato’ Azizulhasni Awang, John Beasley Ada Kunci!" - Shah Firdaus Shah Firdaus akhirnya berkongsi cerita sebenar di sebalik perjalanan beliau dalam dunia berbasikal trek Malaysia. kami berbual tentang legasi Dato' Azizulhasni Awang, persoalan sama ada Malaysia benar-benar mempunyai pengganti, dan bagaimana jurulatih legenda John Beasley memainkan peranan besar dalam membentuk generasi pelumba seterusnya. Tonton episod penuh dan jangan lupa Like, Comment & Subscribe untuk lebih banyak podcast bersama atlet dan figura sukan Malaysia.
PODCAST S5E12 - Perlis Kecil, Tapi Ultra Besar! Kisah Nakawan Ultra Bersama Ku Hasrin
PODCAST S5E12 - Perlis Kecil, Tapi Ultra Besar! Kisah Nakawan Ultra Bersama Ku Hasrin Kali ni kita sembang bersama Ku Hasrin, organiser Nakawan Ultra di Perlis. Macam mana sebuah negeri yang kecil dan terletak di hujung utara Malaysia boleh menjadi salah satu destinasi menarik untuk pelari ultra? Apa yang istimewa tentang Perlis, route Nakawan Ultra dan kenapa semakin ramai runner tertarik untuk datang? Kita borak tentang idea di sebalik Nakawan Ultra, cabaran buat event, keunikan Perlis sebagai destinasi ultra dan apa yang membuatkan event ni lain daripada yang lain.
PODCAST S5E11 - Di Sebalik Pelari Muda: Pengorbanan Bapa & Journey Appu
PODCAST S5E11 - Di Sebalik Pelari Muda: Pengorbanan Bapa & Journey Appu Dalam episode kali ni, kita bersama Dareneswaran Siva Kumar atau lebih dikenali sebagai Appu, seorang pelari yang mula berlari sejak umur 11 tahun dan kini baru sahaja menginjak usia 21 tahun. 10 tahun dalam dunia running bukan perjalanan yang singkat. Appu cerita tentang perjalanan beliau, pengorbanan, cabaran dan peranan besar bapanya yang sentiasa memberi sokongan dalam mengejar impian sebagai seorang pelari.
PODCAST S5E10 - Passion atau Profit? Realiti Jadi Event Organizer - Jeff Ooi
PODCAST S5E10 - Passion atau Profit? Realiti Jadi Event Organizer - Jeff Ooi Lebih 30 tahun dalam dunia running, Jeff Ooi bukan sahaja aktif berlari ultra di Malaysia dan luar negara, tapi juga merupakan event organiser di sebalik beberapa event seperti Route 68 dan Janda Baik Ultra. Dalam episode kali ni, kita sembang tentang pengalaman Jeff sebagai runner dan organiser, perkembangan ultra running di Malaysia, serta realiti sebenar di sebalik penganjuran event, boleh ke event larian buat duit, atau sebenarnya lebih kepada passion?
PODCAST S5E9 - 60-70KM Seminggu Dah Cukup? Amierul Amin Bongkar Rahsia Training
PODCAST S5E9 - 60-70KM Seminggu Dah Cukup? Amierul Amin Bongkar Rahsia Training Ramai ingat nak jadi pelari ultra kena lari 100KM seminggu atau lebih. Tapi bagi Mohamad Amierul Amin, 60–70KM seminggu pun dah cukup, asalkan latihan yang dibuat berkualiti. Dalam episod ini, Amierul berkongsi cara dia merancang latihan, kenapa dia lebih utamakan quality daripada quantity, dan pengalaman sepanjang perjalanan sehingga berjaya mewakili Malaysia di World Mountain & Trail Running Championships.
PODCAST S5E8 - Berjalan 100KM? Ini Rahsia King of Briskwalk, Isaac Osman
PODCAST S5E8 - Berjalan 100KM? Ini Rahsia King of Briskwalk, Isaac Osman Dalam episod kali ini, kami bersama Isaac Osman, seorang influencer, food reviewer dan business owner yang kini aktif menyertai acara briskwalk 100KM, termasuk di event trail running. Isaac berkongsi bagaimana beliau berjaya menghabiskan 100KM, persediaan yang dilakukan, serta pengalaman luasnya dalam pelbagai acara endurance seperti ultra trail running, cycling dan Ironman.
PODCAST S5E7 - The Biggest Running Weekend! SCORE Marathon & CULTRA Race Review
PODCAST S5E7 - The Biggest Running Weekend! SCORE Marathon & CULTRA Race Review Dalam episod kali ini, kami buat Race Review untuk dua event running terbesar yang berlangsung serentak iaitu SCORE Marathon 2026 yang mencipta Malaysia Book of Records dengan lebih 50,000 penyertaan, dan Cameron Ultra (CULTRA) 2026. Naim berkongsi pengalaman menyertai kategori Half Marathon 21KM di SCORE Marathon, manakala Afendi Othman berkongsi cabaran dalam kategori 30KM CULTRA. Kami kupas pengalaman, suasana, serta isu-isu yang berlaku sepanjang dua event besar ini.
PODCAST S5E6 - Dari Obese, Heavy Smoker ke Hampir Sub-3 Marathon — Kisah AlongFix
PODCAST S5E6 - Dari Obese, Heavy Smoker ke Hampir Sub-3 Marathon — Kisah AlongFix Dalam episod kali ini, AlongFix berkongsi perjalanan transformasinya daripada seorang yang pernah obes dan heavy smoker kepada marathon runner yang kini mengejar impian sub-3 jam. Beliau juga berkongsi pengalaman menamatkan Gold Coast Marathon di Australia dengan catatan 3 jam 1 minit, serta pengajaran dan cabaran di sebalik perjalanan tersebut.
PODCAST S5E5 - Everything You Need To Know About Sofian Nabil (Nabilly)
PODCAST S5E5 - Everything You Need To Know About Sofian Nabil (Nabilly) Dalam episod kali ini, kami bersama Sofian Nabil Omar, atau lebih dikenali sebagai Nabilly. Dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam dunia berbasikal, beliau berkongsi perjalanan kariernya daripada pelumba muda sehingga menjadi antara nama yang dikenali dalam scene cycling Malaysia. Nabilly turut berkongsi pengalaman 6 kali menyertai Le Tour de Langkawi, pengalaman menaiki podium, cabaran berlumba di peringkat tertinggi, serta pengorbanan dan jatuh bangun sepanjang perjalanan beliau dalam dunia cycling.
PODCAST S5E4 - The Untold Story of Awi G's Muay Thai Journey
PODCAST S5E4 - The Untold Story of Awi G's Muay Thai Journey Dalam episod kali ini, kami bersembang bersama Awi G, pemilik CTR 313 Muay Thai Gym, dua kali Juara Kebangsaan Muay Thai, dan individu yang mempunyai lebih 16 tahun pengalaman dalam dunia Muay Thai. Beliau berkongsi bagaimana perjalanan beliau bermula dalam sukan ini, cabaran yang ditempuhi sebagai atlet dan jurulatih, serta pandangan beliau mengenai perkembangan dan masa depan Muay Thai di Malaysia. Kalau anda peminat combat sports atau ingin mendengar kisah di sebalik dunia Muay Thai, jangan lepaskan episod ini!
1 de 10