30 Hari 30 Ayat

30 Hari 30 Ayat

por Media Selangor
Temporada 3

Episod 20 Surah Al Waqiah Ayat 7-11

πŸ“– Surah Al-Waqi’ah, Ayat 7-11 Tiga golongan pada Hari Kiamat: golongan kanan, golongan kiri, dan golongan yang mendahului (as-sabiqun). Siapakah golongan yang paling hampir dengan Allah? Dalam episod ini, kita menyelami maksud al-muqarrabun, mereka yang benar-benar dekat dengan Allah. Masihkah ada ruang untuk kita menjadi sebahagian daripada mereka? #30Hari30Ayat #Ramadan2025 #KitaSelangor

Episod 19 Surah Al Waqiah Ayat 4-6

πŸ“– Surah Al-Waqiah, Ayat 4-6 Bayangkan dunia yang kita kenali musnah dalam sekelip mata. Gunung-ganang yang megah menjadi debu, bumi yang teguh bergoncang hebat, itulah janji hari kiamat. Apakah tanda-tandanya? Bagaimana kita mempersiapkan diri? Ikuti perbincangan Ustaz Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi dalam episod ke-19 30 Hari 30 Ayat untuk memahami realiti akhir zaman ini. #30Hari30Ayat #Ramadan2025 #KitaSelangor

Episod 18 Surah Al Waqiah Ayat 1-3

πŸ“– Surah Al-Waqiah, Ayat 1-3 Hari kiamat itu pasti datang. Tiada siapa yang mampu menghalangnya, tiada kuasa yang mampu menundukkannya. Dalam episod kali ini, kita menyelami gambaran dahsyat hari akhir seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, saat dunia musnah dan manusia dibezakan mengikut amalannya. Langit terbelah, bumi bergoncang, dan segala yang kita kenal hancur sekelip mata. Siapa yang akan diangkat mulia, dan siapa yang akan terhina? Sertai perbincangan eksklusif bersama Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi dalam 30 Hari 30 Ayat. #30Hari30Ayat #Ramadan2025 #KitaSelangor

Episod 17 Sural Al Mulk Ayat 28-30

πŸ“– Surah Al-Mulk: Iman, Tawakal & Nikmat Allah Tiga ayat terakhir dalam Surah Al-Mulk mengingatkan kita tentang usaha dakwah Rasulullah ο·Ί, kepentingan iman dan tawakal, serta nikmat air yang dianugerahkan Allah. Bagaimana kita memanfaatkan nikmat-Nya? Dan bagaimana konsep tawakal menjadi asas dalam kehidupan? Hayati perbincangan mendalam ini bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dalam episod ke-17, 30 Hari 30 Ayat! #30Hari30Ayat #Ramadan2025 #KitaSelangor

Episod 16 Surah Al Mulk Ayat 25-27

πŸ“– Surah Al-Mulk, Ayat 25-27 Manusia sering bertanya, β€œBila hari kiamat?” namun Al-Quran mengajar kita bahawa yang lebih utama adalah persiapan, bukan ramalan. Ayat ini mengingatkan kita bahawa hari pembalasan itu nyata, dan hanya Allah SWT mengetahui saatnya. Bagaimana kita boleh bersedia menghadapi hari yang dijanjikan ini? Mari kita dalami tafsir ayat ini bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dalam episod ke-16, 30 Hari 30 Ayat. #30Hari30Ayat #Ramadan2025 #KitaSelangor

Episod 15 Surah Al Mulk Ayat 22-24

πŸ“– Surah Al-Mulk, Ayat 22-24 Kita sering melihat kejayaan sebagai hasil usaha dan kekuatan sendiri, tetapi ayat-ayat ini mengingatkan bahawa segala yang kita miliki yakni harta, kuasa, dan rezeki, semuanya datang dari Allah SWT. Dalam episod kali ini, kita akan menyelami tafsiran ayat yang menegaskan perbezaan antara mereka yang berjalan di jalan kebenaran dan mereka yang sesat dalam keangkuhan. Saksikan perbincangan bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dalam 30 Hari 30 Ayat. #30Hari30Ayat #Ramadan2025 #KitaSelangor

Episod 14 Surah Al Mulk Ayat 19-21

πŸ“– Surah Al-Mulk, Ayat 18-21 Ayat-ayat ini mengingatkan kita tentang kekuasaan Allah SWT yang mutlak. Manusia sering merasa aman dalam kehidupan, namun ayat ini memberi peringatan bahawa azab Allah boleh datang pada bila-bila masa tanpa diduga. Melalui penciptaan burung yang terbang dengan keseimbangan sempurna, Allah SWT menunjukkan keajaiban-Nya. Begitu juga dalam kehidupan, rezeki itu pasti, tetapi usaha dan tawakal adalah kunci. Saksikan perbincangan eksklusif bersama Habib Ali Zainal Abidin dalam episod kali ini! #30Hari30Ayat #Ramadan2025 #KitaSelangor

Episod 13 Surah Al-Mulk, Ayat 16-18

πŸ“– Surah Al-Mulk, Ayat 16-18 Dalam episod kali ini, kita akan menghayati peringatan Allah tentang kekuasaan-Nya serta bagaimana kita perlu sentiasa bersyukur dan bertakwa dalam mencari rezeki. πŸ“Œ Saksikan perbincangan penuh di 30 Hari 30 Ayat! #30Hari30Ayat #Ramadan2025 #KitaSelangor

Episod 12 - Surah Al Mulk Ayat 13-15

πŸ“– Surah Al-Mulk, Ayat 13-15 Dalam episod hari ini, kita menghayati bagaimana kebijaksanaan Allah SWT yang menciptakan segala sesuatu, tidak ada yang tersembunyi dari-Nya, termasuk apa yang ada di dalam hati kita. Bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, mari kita fahami bagaimana ayat-ayat ini memberi pengajaran tentang kuasa Allah SWT dalam memegang segala ketentuan dan bagaimana kita harus mendalami makna kebesaran-Nya dalam kehidupan kita. πŸ“Œ Saksikan penuh perbincangan dalam episod 12, 30 Hari 30 Ayat, dan teruskan bersama kami untuk mendalami ayat-ayat selanjutnya! #30Hari30Ayat #Ramadan2025 #KitaSelangor Tiktok https://vt.tiktok.com/ZSMGfevwn/ Youtube https://youtu.be/QsBwNr3EuPA?feature=shared Facebook https://www.facebook.com/share/v/15odiDuN8e/?mibextid=wwXIfr Instagram https://www.instagram.com/reel/DHIV1cWRbjO/?igsh=MXFlaDRpYWJ0ZGtueQ== X https://x.com/amirudinshari/status/1900082294184100322?s=46&t=2QFM4srnkK_IPzCD0UYzJg

Episod 11 - Surah Al Mulk Ayat 10-12

πŸ“– Surah Al-Mulk, Ayat 10-12 Dalam ayat ini, Allah SWT menggambarkan keadaan golongan manusia yang dicampakkan ke dalam neraka, menyesali keengganan mereka untuk mendengar dan memahami kebenaran semasa hayat mereka. Bagaimana kita boleh mengambil iktibar dari ayat ini? Bagaimana pendengaran dan kefahaman memainkan peranan penting dalam membentuk iman kita? Sertai perbincangan mendalam dalam episod ke-11, 30 Hari 30 Ayat, bersama Habib Ali Zaenal Abidin Hamid di platform digital rasmi! #30Hari30Ayat #Ramadan2025 #KitaSelangor Tiktok https://vt.tiktok.com/ZSMsdrr1V/ Youtube https://youtu.be/MsMB7yA7CXI Facebook https://www.facebook.com/share/v/1BbCjv68kS/ Instagram https://www.instagram.com/reel/DHFxN8OxGLA/?igsh=MWlibTUzNGl6MXl0eA== X https://x.com/AmirudinShari/status/1899716441030680723
2 de 3