Cerita Biasa

by Atiqah Nazir

Cerita Biasa - sembang serius sisi sedar. Atiqah Nazir berkongsi cerita dan topik perbincangan bersama kenalan-kenalan dari pelbagai jalan kehidupan melalui sesi bersembang secara serius dalam sedar. Podcast ini suatu percubaan meningkatkan ilmu pengetahuan diri sendiri melalui perbualan sisi-sisi berlainan setiap kali. Permulaan ekspedisi meraih kesedaran yang lebih jauh daripada sekadar sudut pandang diri sendiri. Penafia ...   ...  Read more

Podcast episodes

  • Season 1

  • #Episod 10: Kenali Rakan Pendidik - Sekolah Alternatif

    #Episod 10: Kenali Rakan Pendidik - Sekolah Alternatif

    Episod 10 Siri Pendidik: Ketika kita memikirkan tentang bagaimana cara untuk meningkatkan literasi dan kompetensi anak didik kita, dan mengembangkan potensi yang ada, di sudut lain Malaysia - ada juga anak muda yang tidak dapat menimba ilmu di sekolah kerana dokumen, kerana kekangan kewangan, kerana banyak halangan lain. Bersama saya, Mukmin Nantang daripada Sekolah Alternatif membawakan kisah dari tengah lautan Sabah. Kualiti bunyi dan suara mungkin sedikit terjejas dalam episod kali ini - beri perhatian ya!

  • #Episod 9: Kenali Rakan Pendidik - Sekolah Kurang Murid

    #Episod 9: Kenali Rakan Pendidik - Sekolah Kurang Murid

    Episod 9 Siri Pendidik: Dari sekolah swasta ke sekolah dalam ladang, ke sekolah dalam bandar, ke sekolah di atas bukit! Ann Nathan berkongsi kisah dengan saya dan pengalamannya menjadi guru di SKM? Apa tu SKM? Sijil Kemahiran Malaysia? Bukan. Sekolah Kurang Murid. Seronok ke mengajar di sekolah tak ramai murid? Senang ke? Jom dengarkan podcast episod kali ini untuk menjawab persoalan yang banyak tu. Dua tiga hari ni banyak musibah berlaku, jaga diri - dan semoga kita semua dilindungi.

  • #Episod 8: Kenal Rakan Pendidik - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

    #Episod 8: Kenal Rakan Pendidik - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

    Episod 8 Siri Pendidik: Banyak rupanya jenis sekolah-sekolah di Malaysia ni, kadang-kadang antara kita pun tak tahu berapa dan apa jenis sekolah yang ada. Macam mana agaknya persekolahan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)? Berbeza ke atau sama sahaja dengan sekolah aliran perdana? Dalam episod ini, Hazwan Hamdan akan bantu menerangkan dan berkongsi tentang pengalamannya mengajar di SABK dengan semua rakan pendidik yang lain!

  • #Episod 7: Belajar daripada Kisah Nabi

    #Episod 7: Belajar daripada Kisah Nabi

    Episod 7 Siri Pendidik: Dalam diam, kita dah hampir menganjak masuk ke separuh masa kedua Ramadhan kali ini. Natrah, Syaza dan saya berbincang serta berkongsi kisah-kisah Nabi Musa Alaihissalam, Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim Alaihissalam dan cuba memaknakan apa yang praktikal dan boleh diteladani daripada para nabi ini. Kami ni bukanlah pakar dan bukan ahlinya, bak kata Natrah - sambil menedngar tu sama-sama kita semak dan periksa kesahihan maklumat yang kami utarakan supaya pembelajaran kita jadi lebih berkesan, bersama.

  • #Episod 6: Literasi Media & Maklumat dan Pendidik: Apa kaitannya?

    #Episod 6: Literasi Media & Maklumat dan Pendidik: Apa kaitannya?

    Episod 6 Siri Pendidik: Semakin lama, tempat tinggal kita semakin luas dalam talian, kita semua sudah jadi penduduk digital! Sembang dengan Kenn, Hilmi Bakar, Noor Syazana Taib dan Emily Neoh kali ini membincangkan situasi kebanjiran maklumat, berita yang belum tentu sah atau palsu, apa tanggungjawab dan peranan yang kita patut mainkan sebagai pendidik? Keperluan untuk menguasai literasi media dan maklumat, seterusnya memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak dan belia itu terletak pada bahu siapa? Banyak lagi yang kita akan dengar daripada rakan-rakan pengasas Media Education For All di episod ini! Oh ya, Salam 1 Ramadhan!